Khamis, 2 Mei 2013

Cara Menggunakan Cucian Sutera Noor Alfa

Lagi ja ingin kongsikan cara-cara menggunakan cucian pencuci sutera noor alfa..banyak yng bertanya pada ja cr nak gunakanya..ja rase same jer ngn menggunakan soflan,cuma soflan tidak boleh digunakan pada sutera,ini mengelakkan daripada sutera cepat luntur..

di sini ja letakkan gambar untuk mudah difahami..step step ia..

kalu sutera yang kita pakai tidak kotor..jadi bolehla bilas begitu sahaja..tp kalu sutera yang kite pakai tu kotor gosok la pada bahagian kotor sahaja...jgn guna berus yang kasar pulak..heee...nanti abih beri kain kita..k la selamat mencuba..:)

Rabu, 24 April 2013

Tips penjagaan Sutera

Pagi seme...hujan pagi nie dkt kuala telemong,mls nak bangun rasa..campur ngn hr nie cuti bekerja...huuu..lagi laa mls...wakeup...wakeup anak dah nak g sekolah abah ia dah nak g keje..jgn mls nanti rezeki payah nak masuk..hee....hr nie sebenarnyer ja nak bagi info tentang penjagaan sutera yang betul....tapi ja perlu pastikan dulu kerja rumah dah beres tungggu nak masak jer ag...

Ok...melalut byk2 payah gak..jom..ikuti tips penjagaan sutera yang betul..

Semoga kita pakat amal...basuh sutera ngn cara nie..supaya sutera kita tetap tahan lama..n kekal cantik..

Selasa, 23 April 2013

Jenis-Jenis Fabrik Batik


assalamualaikum seme....hari nie ja ingin berkongsi tentang jenis-jenis fabrik batik yang terdapat di pasaran sekarang..semoga kita dapat tau jenis yang dijual dan tak mudah tertipu dengan penjual yang inginkan keuntungan semata-mata..Kebanyakkan orang terengganu jarang terkena tp kalu orang luar yang datang sekali sekala untuk beli sutera kena baca nie sbg panduan..deh..
Design Batik & Jenis-jenis Fabrik
  • Terkini Satin Crepe – paling mahal memberikan efek sutera satin di satu permukaan kain dan efek crepe di sebelah permukaan lagi satu. Kedua-dua belah muka kain boleh dipakai utk dibuat baju.
  • Crepe – kedua  mahal. Kain sejuk, nipis, lembut beralun tapi tak perlu kain alas.
  • Scifon – seperti crepe tapi lebih nipis, kadangkala perlu alas jika warna lembut.
  • Jacquard – kain sutera bercorak timbul. Kain lembut beralun tak perlu alas.
  • Sutera satin – seperti jacquard tapi tanpa/sedikit corak timbul.
  • Satin – licin berkilat.
  • Rayon – seperti sutera tapi kain agak keras. Harganya agak murah kerana kualiti kain yang agak rendah.
  • Fuji – seperti cotton, tapi sedikit berkilat. Amat selesa untuk pakaian santai tapi tidak sesuai untuk pakaian kerja atau menghadiri majlis.
*** Info di atas DISUSUN MENGIKUT JENIS KAIN DAN HARGA (mengikut pasaran batik pasang yang ada sekarang) 

*** Perbezaan harga bergantung kepada jenis dan kualiti kain serta pelbagai adunan corak batik. Corak dikenali dengan pelbagai nama antaranya air brush, pelangi, buih, kontra, jalur mas dan sebagainya.


untuk makluman seme Terianggano Batik setakat nie hanya menjual batik sutera jenis Crepe,Jacquard,Cifon crepe..sahaja..Insyaallah jika ader rezeki ja akan tambah lagi jenis fabrik batik mengikut pasaran...dan kehendak pelanggan..amin...

Sabtu, 13 April 2013

SEJARAH TERIANGGANO BATIK

assalamualaikum...nie pertama kali ja menulis...biasenyer kalu bab reka ayat nak tulis pjg2 nie mmg blh jd strees heee(bagi org mcm sayer laaa)..Sebenarnya ja nak tulis pasal "Terianggano Batik" ala2 nak promote laa..tp mikir nak tulis aper...tgh mamah maggie kari mentah yang crunchy nie (oh My English!!!!!)hhaahhaha...dapat idea nak cerita pasal jaa ambik nama "Terianggano" Sebenarnya kerja di perpustakaan byk faedah ia...contohnya nama "terianggano" tu ja ambik dalam webpage www.terengganu.gov.my...dalam tuu ader tentang sejarah terengganu..ok sangat r tuu sebb sutera mmg mula bertapak di negeri timur.Terianggano adalah nama asal Terengganu sekarang lening..ia tertulis di Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang...jd molek benor batik yang ja jual adalah ownernyer merupakan anak jati kuala terengganu yang tinggal kuala berang...

Sekarang nie ja cuba nak usahakan Terianggano Batik supaya dikenalikan diluar pandai timur..nak bagi tahu batik jaa adalah yang asli no 1...

banyak yang hendak diceritakan tp takat dulu hr nie...wasalam.. jupe next moment esok hari...